Friday, December 18, 2009

H1N1 VACCINATION: MALAYSIAN SAFETY




Sekarang ini berita H1N1 telah banyak berkurangan. Bagaimana pun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang dalam proses untuk memberi vaksin H1N1 dan Human Papiloma Virus (HPV) vaksin untuk mencegah kanser cervik.

Walaupun telah diluluskan dan pihak kerajaan menwar-warkan bahawa kedua-dua vaksin ini selamat tanpa kesan sampingan. Kalau ada pun sikit sahaja. Tetapi kita, sebagai pengguna tidak boleh menerima berita ini bulat-bulat. Sebagai rakyat yang berpelajaran dan telah maju dengan berbagai kemudahan internet, kita perlu menyelidik sedikit sebanyak tentang vaksin ini. Lagi pun ianya bukan wajib lagi. Hanyak digalakkan. Jadi tidak menjadi kesalahan jika kita enggan menerima vaksin ini.

Perkataan vaksin ini bukan baru. Ianya digunakan untuk mencegah penyakit pandemik. Maksudnya penyakit ini akan merebak di kalangan kita jika salah seorang darinya mengidap penyakit tersebut.

Semasa kita kecil, kita telah di dedahkan kepada berbagai-bagai vaksin. Ini untuk mencegah penyakit-penyakit tertentu. Oleh kerana ianya wajib, maka nak tak nak, ibu kita perlu membawa kita ke hospital untuk menerima vaksin tersebut. Dan di tulis di dalam buku pink. Kalau staffnurse tau, kita tak terima vaksin ini, teruk ibu kita kena marah.

Vaksin yang di terima semasa kita kecil:

semasa lahir - BCG + Hepatitis B
2 bulan - Hepatitis B + Polio + Tetanus Toxoid + Diphteria + Pertussis
3 bulan - Hepatitis B + Polio + Tetanus Toxoid + Diphteria + Pertussis
5 bulan - Hepatitis B + Polio + Tetanus Toxoid + Diphteria + Pertussis
1 tahun - MMR ( measles, Mumps, Rubella)
18 bulan - Hepatitis B + Polio + Tetanus Toxoid + Diphteria + Pertussis

Pada masa dahulu, sebelum vaksin ini menjadi wajib; bermacam - macam tentangan wujud di kalangan ibu bapa dan ianya bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain. Bagaimanapun oleh kerana tegasnya pihak kerajaan kita , kita tidak menjumpai lagi penyakit Polio di masyarakat kita. Kalau ada pun tak banyak. Boleh bilang dengan jari. Polio sebagaimana di ketahui meyebabkan lumpuh kaki.

Penyakit TB tidak lagi dijumpai di negara-negara Barat kerana berkesannya BCG vaksin. Begitu juga di Malaysia. Namun sekarang penyakit TB kembali semula, bukan kerana vaksin dulu tidak berkesan tetap di sebabkan banyak penghijrahan di kalangan negara-negara mundur. Negara tersebut yang tidak menekankan BCG vaksin ini, menyebabkan kalangan penduduknya mengidap TB dan menjangkitnya kepada yang lain semasa penghijrahan.
Sebab yang lain adalah kerana lemahnya sistem pertahanan badan seseorang individu disebabkan penyakit tertentu seperti AIDS yang menyebabkan badan mereka tidak dapat melawan bila terdedah kepada kuman penyakit TB.

Seperti yang kita ketahui BCG dan polio tetap mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri, namun ia dapat di kesan dengan segera. Setelah bertahun-tahun, hampir semua penduduk dunia tidak lagi peduli tentang kesan sampingannya kerana vaksin ini sangat berkesan untuk mencegah penyakit tersebut.

Sekarang ini, dunia dikejutkan lagi dengan penyakit terbaru iaitu H1N1. Beberapa kesan sampingan telah di ketahui, namun kita tidak tahu berapa ramai yang akan menhadapinya. Setakat ini kesan sampingan tersebut telah di kesan di Eropah dan AS.

Antaranya:
1. Guillain Barre Syndrome
2. Optic Neuritis
3. Keguguran Bayi
4.Kematian yang tiba-tiba

Lancet dalam laporannya yang terbaru mengulas tentang kesan-kesan sampingan yang patut di jangka:

Dalam 1 hari selepas menerima vaksin :
1.Guillain Barre Syndrome (per 10 million vaccinate) - 0.51 orang
2.Optic Neuritis(per 10 million vaccinate) - 2.05 orang
3. Keguguran Bayi(per 1 million vaccinated pregnant lady) - 397 orang
4.Kematian yang tiba-tiba ( per 10 million vaccinated) -0.14 orang



Dalam masa 7 hari selepas menerima vaksin:

1.Guillain Barre Syndrome (per 10 million vaccinate) - 3.58 orang
2.Optic Neuritis(per 10 million vaccinate) - 14.40 orang
3. Keguguran Bayi(per 1 million vaccinated pregnant lady) - 2780 orang
4.Kematian yang tiba-tiba ( per 10 million vaccinated) -0.98 orang

Dalam masa 6 minggu selepas menerima vaksin:
1.Guillain Barre Syndrome (per 10 million vaccinate) - 21.50 orang
2.Optic Neuritis(per 10 million vaccinate) - 86.30 orang
3. Keguguran Bayi(per 1 million vaccinated pregnant lady) - 16684 orang
4.Kematian yang tiba-tiba ( per 10 million vaccinated) -5.75 orang

Semua penyakit ini didapati meningkat sejak vaksin diberi. Oleh itu mereka membuat rumusan, mungkin disebabkan oleh vaksin tersebut.

Vaksin H1N1di Malaysia:
Pihak kerajaan bercadang untuk memberi vaksin ini kepada mereka yang berisiko tinggi dahulu iaitu perempuan mengandung, orang-orang tua, pihak yang bakal terdedah penyakit ini seperti anggota hospital, pekerja di lapangan terbang.

Oleh sebab kesan sampingan ini belum betul-betul di kesan, pihak Kerajaan perlu memastikan mereka yang menerima vaksin ini perlu menjalani rawatan susulan sekurang-kurangnya 6 minggu. Oleh itu perlu mempunyai rekod khas (buku) supaya proses rawatan berjalan lancar. Kesihatan dan penyakit yang dihidapi perlu dicatit dengan terperinci. Rekodkan semua masalah yang di hadapi pesakit selepas menerima vaksin tersebut. Penerima vaksin juga perlu dijelaskan masalah yang bakal dihadapi dan perlu ada pihak yang dapat dihubungi serta-merta jika ada masalah.

Saya rasa, pihak kerajaan atau kementerian kesihatan sendiri tidak boleh hanya menutup mulut atau berdiam diri tanpa ada rawatan susulan selepas vaksin diberi. Kerana, penerimaan dan pertahan badan adalah berbeza di setiap negara.

Source: Lancet 2009

No comments:

Post a Comment

How to apply visa to UK for clinical attachment part 1

assalamualikum,,,,,it has been almost 6 months i am here in UK. now is autumn time. getting cold already. Less than one and half month more...