Friday, October 30, 2009

projek hari ini sabtu 31hb oktober 2009

wah !!! ini hasilnya. Jika berbudi pada tanah. Buah oren itu bukan dari pohon kami. Ada jiran yang memberinya .

Kacang panjangnya cukup panjang, benih dari tempat lama.








Anak pokok bunya butang. Masih kecil lagi. Masih belum tau nak tanam kat mana. Mungkin kat laman depan jugak.




Pokok bawang yang dah terbiar. Tak larat dah nak guna dalam masakan. Seronok masa menanamnya sahaja. Sekarang ni menunggu masa nak di cabut.




Cantiknya bijik lada yang dah nak masak. Dah petik sebelum ni. Pedas sangat.




Cutenya.




Anak pokok lada. Saya ingat lada merah besar kot. Ada dekat 20 pohon.




Ini lah teman kami berdua. 'Boi' (kiri) dan 'Joe'(kanan). 'Boi' lebih petah bercakap. Boleh bagi salam dalam macam macam tone. Ada lembut, garang macam nak marah. Dia ikut betul betul suara suamiku. Kalau suami tak ada seminggu, pandai pulak dia merajuk. Tak nak bercakap langsung. Yang paling kelakar, pandai cemburu. Dia tak boleh tengok saya berdiri sebelah suami. Nanti dia nak terkam dan patuk saya.

'Joe' burung jantan. Baru nak belajar bercakap. Dia boleh ikut suara burung. Perkataan terbaru dia adalah 'Rocky' iaitu nama anjing jiran sebelah. Kalu dia nak marah dia akan sebut 'WOI".




Anak -anak pokok bende ( Ladies finger) yang akan di alihkan suami ku.



Ini suami ku sedang menyediakan batas untuk anak anak pokok Bende. Tak pakai selipar pun.



Tengah kusyuk.



Anak anak pokok sedang di tanam.



Sweetnya...




Ini lah hasilnya. Satu batas pokok Bende. Ada dekat 2 d0zen pokok. Cukup lah nak export ke China.




Anak pokok bayam yang di semai rapat-rapat. Tak ada plan nak alih kat lain. Biarlah aje kat situ.




Pokok Nangka yang dah bertunas baru.




Ini lah salah satu daripada 2 pokok betik yang kami tanam. Baru 3 bulan tanam. dah berbuah 3 bijik. Ini jenis betik 'elephant'. Tak lama lagi dapat makan buahnya di samping burung kami 'Boi' dan 'Joe' memang gemar makan betik. Pokok betik yang satu lagi agaknya jantan. Sebab bunganya melambak tapi satu pun tak menghasilkan buah. Dah sebulan dia berbunga.



Lihat... dah ada 3 biji buah.



Ni anak pokok matahari. Percubaan yang pertama di Sarawak. Dulu pernah tanam di tempat lama. Tapi tak sempat berbunga dah kena makan dek ulat. Ada kira-kira sedozen anak benih yang telah di tanam. separuhnya saya tanam dan separuh lagi suami yang tanam. Rancangannya nak tanam di depan laman di antara pokok 'Japanase Roses'. Bila bunga matahari mengembang pastinya sangat cantik.




Anak anak pokok bunga Zirnia, dah 3 inci panjangnya. Tak lama lagi boleh di alih ke laman tepi.



Sekumpulan anak anak Zirnia dan bunga butang.




My tomato. Cukup menjadi. Semua benih yang di semai suami hidup dan di alih ke tapak baru. semuanya hidup. Lebih 2 dozen pokok. Tak dapat nak bayang kan bila dah berbuah. Dulu di tempat lama cuma hidup 2 pohon aje, itupun tak tahan lama. Dapat buah 3 bijik je. sekarang tengok dah berbunga.



Pagar yang di buat suami untuk menyokong pokok agar tak tumbang. Dari dawai dan kayu batang penyapu. Guna aje apa yang ada.



Bunga nya kuning. Banyak pulak tu.



Di kiri sekali adalah anak anak pokok Zirnia, kemudian batas pokok tomato. Sebelahnya adalah bayam. Sebelah bayam, pokok lada.




Pokok lemon di tengah segar tumbuh.




Taman kami ni ramai pemgunjung. Macam macam burung ada. Saje nak tangkap.Boleh goreng...sedap . Dapat ke tak tak tau lah. Umpan dengan beras je.


Ini lah pokok Zirnia kami. Cantik tak?










Ada 3 pokok krismas yang di tanam suami di laman sisi. Semuanya segar. Jiran pun terpesona sebab pokok krismas kami hidup segar. Bukan senang nak tanam.




















Ini sebenarnya satu antara 5 pokok ros yang di beli dan di tanam. 4 yang lain dah mati di kerjakan oleh saya. POkok ros tak sempat mengucap setelah di sentuh oleh saya. Tangan ku memang panas. Saya cuma pangkas pokok je. Yang ini saya tak sentuh. Jadi satu je lah yang hidup..rose merah.

laman depan 2009

Laman depan di hiasi Japaneses Roses.

Tampak menarik


Walaupun tinggal menyewa, kesempatan untuk menghias taman tidak di lupakan. Bahagian hadapan telah di tanam dengan bunga Japanese roses. Tetapi orang kita memanggilnya bunga kembang 10. Sebab pukul 10 pagi, ianya kembang menyerlah. foto ini di ambil kira -kira pukul sepuluh pagi.


Di tengah laman, di tanam pokok longan oleh suamiku. Kiranya pokok longan sukar untuk hidup. Tetapi, longan kami segar dan telah mengeluarkan pucuk baru. Rancangannya di bahagian tengah, nak di tanam rumput. Tetapi tak tau pulak kat mana nak dapatkan pasir. Jadi, tunggu dulu lah.


Di bahagian tepi sebelah kiri, di tanam pokok bungan Zirnia. Hanya separuh laman sahaja. Mulanya nak cuba je, takut tak cantik. Tetapi bila dah berbunga cukup menyerlah. Sekarang ni tengah menunggu pokok yang di semai membesar sedikit sebelum di alih.




Laman depan dari pandangan berbeza.




Cantik kan?? Suami banyak membantu sebab tangannya sejuk. Apa yang di tanam semuanya hidup.

my new place in Sarawak

Sudah lama tidak aktifkan blog ini. Kesibukan exam dan kemudian perpindahan ke tempat baru menyebabkan tidak ada masa langsung. Keputusan untuk berpindah ke Sarawak menyebabkan satu perubahan yang besar. Keengganan pada mulanya akhirnya membawa banyak kebahagiaan dan kegembiraan.

Kesuburan tanah Sarawak membawa banyak hasil. Pokok yang di tanam suami subur menghijau.



Pokok mangga yang baru ditanam tidak sampai 3 bulan telah berbunga. Tapi bunganya di buang sementara menunggu bunga yang lain timbul.



Bunga kacang nampak menarik



Pohon kacang yang merimbun, dah beberapa kali goreng sampai ada yang tua di pokok.




Beginilah reka bentuk taman kami di belakang rumah





Masih banyak yang perlu di tanam

How to apply visa to UK for clinical attachment part 1

assalamualikum,,,,,it has been almost 6 months i am here in UK. now is autumn time. getting cold already. Less than one and half month more...