Sunday, February 7, 2010
VISIT TO SRI AMAN SARAWAK
Lambang di Sri Aman hanya bersebelahan hotel kami menginap.
Sampai juga hajat nak ke Sri Aman. Bila tengok jadual kerja bulan Januari lepas. 2 hari kami di sana. Suami ikut jugak sebab, jauh. Lagi pun saya penakut sikit. Jalan ke sana okay. Semuanya bertar. Cuma, kalau nak bawak laju tu, bahaya sikit sebab terlompat- lompat. Tak sama macam jalanraya di Semenanjung. Selepas sahaja Serian, jalannya terlompat-lompat. Walau bagaimana pun, suami ku tetap bawak laju jugak. So bertolak dari 11 pagi. Dalam pukul satu ptg kami sampai. Menginap di hotel...lupa namanya. RM 70 + only. Okaylah. Untuk pekan kecil.
Kemudian pergi ke tempat kerja, selesaikan satu kes. 3 ptg dah free. Kami ambik peluang pergi pasar Sri Aman and tebing sungai Lupar, hanya 200 meter dari hotel.
Jalan raya depan hotel. Di hujung jalan adalah sungai dan pasar di sebelah kiri.
Gambar benak di dinding hotel
Apa yang istimewa di Sri Aman adalah kejadian ombak di Sungai Batang Lupar yang di panggil Benak (tidal bore). Macam ombak di tepi laut. Cuma kali ini ia berlaku di sungai. Bila kami sampai, Benak baru sahaja berlaku 1 minggu lepas. Di sini, bila benak berlaku umpama pesta. Semua orang akan berkumpul di tepi sungai untuk melihatnya. Pihak kerajaan telah membina benteng di tepi sungai yang cukup menarik sekali. Masa kejadian Benak adalah mengikut kalendar cina. Hampir setiap bulan ianya berlak.
Apa yang berlaku adalah perbezaan tekanan air dari hulu dan di muara sungai.
Sungai Batang Lupar tenang tanpa Benak
Kemudian dari tepi sungai kami ke pasar. Sri Aman memang terkenal dengan durian. Tapi masa itu musim durian sudah hampir habis. Hanya sisa sisa sahaja. Dulu saya suka durian, tetapi sejak balik dari luar negeri, saya jadi alahan. Kalau makan jadi gatal gatal. Tapi kalau bubur atau lepuk durian tak ada masalah. Hajat cuma nak tengok suami makan. Cuba lah satu, MEMANG SEDAP!.Hampir separuh biji saya makan. Rasanya lain, tak macam kat semenanjung. 5 bijik kami makan berempat. Sedap betul...
6 ringgit sahaja satu longgok
Ini lah durian Sri Aman..sedap. Mesti cuba.
Malamnya kami kekenyangan. Puas hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
How to apply visa to UK for clinical attachment part 1
assalamualikum,,,,,it has been almost 6 months i am here in UK. now is autumn time. getting cold already. Less than one and half month more...
-
Kebelakangan ini semakin ramai artis artis di tangkap kerana positive dadah. Samada di kelab kelab malam atau ujian rawak di jalan raya. Wal...
-
I just came back from Ba'kelalan yesterday. We went for medical visit to provide a rural service in Sarawak. Fom Kuching we flown to Mir...
-
Long Iman, i could say its the most modern Penan settlement in Sarawak. They still using long house type but the dressing and toilet a...
Steady post.. Saya Sekarang Di Sini
ReplyDelete