Saturday, February 20, 2010

SYARAT KAHWIN ZAMAN 2010



Zaman 2010:

1. Ada kerja tetap
2. Kacak
3. Bukan suami orang
4. Ada kereta
5. Berumur boleh asalkan kaya
6. etc.....



Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi)

Bila satu pasangan berkahwin sepatutnya kita ucapkan Alhamdulillah. Mereka bukannya berzina tetapi mendirikan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara halal. Bila berkahwin, rezeki lebih murah, pahala lebih banyak, syaitan pun menangis terisak-isak bila mendapat tahu anak Nabi Adam berkahwin.

Tetapi di zaman 2010 ini, bila ada pasangan berkahwin terutamanya yang berkahwin muda, tanpa izin ibubapa, kahwin lari, kahwin masa belajar, kahwin suami orang, suami kahwin lagi...perkara halal di sisi Allah yang mereka lakukan sedangkan ibu bapa, keluarga pulak menentang ( dengan syarat perkahwinan itu sah). Bukankah jodoh dan maut itu di tangan Allah. Dah di tetapkan di Arashnya orang ini bernama polan -polan akan berkahwin dengan orang itu bernama polan polan.

Dari zaman sekolah lagi cikgu selalu ajar dalam kelas, jodoh maut di tangan Allah. Bila dapat kahwin orang kaya, bergelar, kerja bagus bagus baru nak ucap syukur Alhamdulillah. Dan kata dah jodoh..nak buat macamana. Dah jodoh aku kahwin orang kaya. Tapi bila ditakdirkan berkahwin dengan orang yang kita suka, tapi tak disukai oleh orang lain...lain jadi ceritanya. Siap jumpa bomoh, lapor kat polis, lapor kat media semata-mata nak menunjukkan kita tak restu. Nak pisahkan lagi jodoh yang telah di izinkan Allah.

Bila berlaku perkara seperti ini, sepatutnya setiap ibu bapa banyak kan bersabar, anak kamu bukanya berzina, bukannya minum arak, bukanya tak sembahyang tapi berkahwin secara halal. Doakan yang terbaik. Sudah resam kita sebagai manusia di bumi Allah, banyak ujian adakala susah adakala senang. Tapi kita taklah susah sepanjang masa. Allah itu Maha Berkuasa tidak buta dan tidak tidur, Dia dengar setiap pengaduan hambanya. Sampai masa akan diizinkan kesenangan juga.

"Buatlah apa yang kamu suka tapi jangan sampai Allah murka" ayat yang selalu suami ingatkan pada saya.

Friday, February 19, 2010

MOSSAD KILLING: WHO IS ACTUALLY THE TERRORIST?



Berita gempar sejak minggu lepas. Siapa pembunuh Mahmoud Al Mabhouh, komander tinggi Hamas yang pernah membunuh 2 tentera Israel. Beliau di dapati mati di Bustan Rotana Hotel Dubai pada minggu lepas terbaring di katil Hotel berselimut.





Sebab kematian Pathologist Dubai tak dapat tentukan lagi, mati lemas? tercekik? yang pastinya bukanditembak. Keesokan harinya polis Dubai mengeluarkan gambar 11 orang yang terlibat
dalam pembunuhan itu.



Selang sehari kemudian, didapati mereka menggunakan maklumat pasport palsu yang mana antaranya mengggunakan identiti rakyat British yang menetap di Israil. yang lain pasport palsu British, Jerman dan Ireland.

Mula-mulanya Israel menafikan penglibatan Mossad lepas itu terpaksa mengiakan.British marah sebab menggunakan pasport palsu rakyat mereka. Israel kata akan menyiasatnya. Selepas itu Israel kata British tahu pasal misi pembunuhan ini beberapa jam sebelum berlaku malah turut mengetahui yang mereka akan menggunakan pasport palsu British. Cuma mereka 'mungkin' tah tahu siapa targetnya dan di mana. Nanti kan berita penafian British yang mereka mengetahui hal ini.....later

Polis Dubai sempat menyindir, sapelah yang menyuruh misi ini dilaksanakan sebab bodoh sangat. Takkanlah tak tau ada kamera di merata-rata. Mungkin pihak luar terlalu memandang rendah ke atas keupayaan polis Dubai.

Malah pihak Barat cukup terkejut sebab polis Dubai cekap bertindak.Mungkin pihak barat ingat depa je yang pandai. Tindakan yang cekap dan cepat ini adalah berdasarkan kemampuan polis Dubai mengesan gambar mereka melalui kamera, mengesan perbualan telefon dan boleh potong line lagi. Semua ini memerlukan kapakaran teknologi komputer. Orang barat lupa, mereka yang menjual teknologi ini

.





Yang paling memalukan saya rasa, Mahmoud Al Mabhoud datang ke Dubai untuk satu perjumpaan yang telah diperdayakan dan di rancang oleh 2 orang pekerja beliau di Palestan. Saya percaya orang Islam juga. Beliau tak mungkin akan di bunuh di Palestin, mungkin terlalu jelas angkara Israel.Sapelah yang berkobar kobar selama ini nak menghapuskan Palestin.

Pembunuh upahan ini terpaksa menyamar menjadi pemain tenis di hotel dan salah seorang daripada mereka menginap di bilik berhadapan dengan bilik Mahmoud.

Jika benar ini adalah dari Mossad, Perdana Menterinya ie Benjamin Netanyahu yang akan memberi keizinan sebelum melakukan jenayah antarbangsa.



Penafian hanyalah di mulut sahaja.Dan negara lain yang akan terlibat juga akan mengetahui sesuatu misi ini serba sedikit. Jadi saya percaya British, Jerman dan Ireland turut mengetahui misi ini. JAdi janganlah buat buat tak tahu sahaja.

Sunday, February 14, 2010

I MISSED INDIA


Shimla


Tiba-tiba aje boss tanya nak pergi tak kursus pasal diabetic foot. Saya okay je. So... ok i will sent you to India. Wow! dah lama teringin nak pergi India semula, hanya nak bercuti aje. Dah terbayang tempat yang nak pergi. Nak beli buku banyak banyak. Di sana buku murah, original lagi. Walau pun sekarang ni buku kebanyakannya digital, old style masih perlu untuk mengisi rak rak yang kosong. Cuma tak tau lagi kursus to kat negeri mana. India kan luas, utara, timur barat dan selatan. Kalu boleh jangan le hantar kat Madras atau Mumbai. Udaranya sangat kotor dan terlalu sesak dengan orang.

2 tempat yang teringin nak pergi semula Shimla dan Manali. Kedua-duanya terletak di utara di negeri Himachal Pradesh. Dekat kaki bukit Banjaran Himalaya...kaki bukit je. Kalau pergi akhir tahun, nasib baik dapat main salji

.
Dari Delhi menaiki keretapi ke Chandigah dan ke Shimla seterusnya ke Manali

Shimla lebih di kenali sebagai tempat berbulan madu.Suasana yang berbukit bukau, sejuk, sangat hijau. Boleh naik train atau bas atau sewa kereta. Keretapinya di kenali sebagai 'toy train'. Sebab slow sangat, ambik masa 6 jam, banyak berhenti, open air ( tak ada aircon) tapi dapat tengok kehijauan di sekeliling. Boleh turen dan berlari naik keretapi semula macan kat filem hindi. Sangat sangat seronok. Tak boring langsung dengan angin yang sangat sejuk. Kalu boleh elak, jangan naik bas, jalannya lebih sempit dari jalan Grik dan tak ada benteng di tepi gaung. Kalu terbabas, terus ke bawah

.
Toy train

Sampai di Simla, kena jalan kaki nak cari hotel sebab mana ada kereta sewa. Hotel kat sekeliling ada, cuma jalanya berbukit...so penat sikit. Janganpergi masa festival...sure habis hotel. Kami cuma dapat hotel untuk husband and wife only. Mereka tak akan kasi kalau tak tunjuk surat kahwin. Tension jugak...macamana nak bermalam ni. Cakap punya cakap dapat jugak akhirnya satu malam je. okaylah...lagi pun esok malam nak ke Manali. Honeymoon hotel ni pun satu, masuk aje penuh dengan cermin besar kirikanan, atas siling pun ada.


Shimla Town centre...everybody has to walk. No cars or bike allowed

Esoknya pergi town, jalan kaki je. Tidak ada kenderaan dibenarkan, ada polis lagi jaga. Sebab cuaca sejuk, semua orang dok berjemur tengah panas. Ada kerusi disediakan. Kami pun turut berjemur. Makanan susah sikit. Sebab atas bukit, tak ada ikan. Jadi makan telur aje. Ayam mana halalnya.


Shimla di waktu malam


Hanya ambik gambar aje. Salji dah turun kan puncak bukit cuma sebab kami nak ke Manali untuk main salji, jadi kami tak pergi lah.

Malamnya kami naik bas ke Manali. Jalannya bahaya, tawakal ajelah. Telan valium terus tidur. Bila bukak mata, tengok selekoh bukit terus pejam mata semula...takutnya. Bas laju betul. Bila sampai, turun aje dari bas...ada salji kat tapak kaki......wah seronoknya...orang tak pernah nampak salji.


Manali...view dari belakang hotel. Tak perlu pergi ke Eropah atau Amerika sekarang ini untuk mendapat view ini. Dengan keadaan politik dan keganasan serantau yang menentang Islam, kita tidak lagi perlu bergantung kepada negara negara barat ini.

Kami habiskan duit yang tinggal, main ski, siap sewa ski trainer lagi. Puas hati..

Cuma....ekoran serangan bom terbaru di Mumbai, jika disebabkan oleh orang Islam lagi...tak berapa bagus nak pergi India ni. Serangan oleh Orang Islam Pakistan hari tu menyebabkan pemeriksaan ketat di lapangan terbang. Lebih lebih lagi terhadap orang Islam.

Harapnya bukan orang Islam lagi. Lagi pun pergaduhan antara Shah Ruk Khan(orang Islam) dengan Shiv Sena (Hindu politician) masih hangat di Mumbai. Pergaduhan agama antara Islam dan Hindu sangat dashyat. Ianya pernah berlaku dahulu.Ianya boleh merebak ke seluruh India dalam masa beberapa hari sahaja.

Pernah berlaku dahulu semasa kes meruntuhkan kuil hindu di utara, kami di selatan terpaksa di kurantin di rumah sebab kami orang Islam. Azan tak kedengaran, makanan di catu. Tak mahu perkara seperti itu berlaku lagi ..

Friday, February 12, 2010

HOW EFFECTIVE IS URINE SCREENING TEST FOR DRUGS



Kebelakangan ini semakin ramai artis artis di tangkap kerana positive dadah. Samada di kelab kelab malam atau ujian rawak di jalan raya. Walau pernah melalui sekatan jalan raya, kami tidak pernah lagi di arah melalukan ujian tersebut. Mungkin kerana penampilan kami yang sopan dan kemas. Berbanding mereka yang memandu kereta yang telah di ubah suai dan juga memakai pakaian seperti ingin ke kelab malam. Maka mereka ini lebih berisiko untuk di tahan di jalan raya.

Namun saya pasti, tak semua rakyat kita menagih dadah. Sebahagiannya mengambil untuk suka-suka dalam mengurangkan tekanan kehidupan yang semakin teruk.Disebabkan sumber yang mudah, rakyat kita banyak terdedah kepada pengambilan ganja, syabu atau ketamin. Berbanding ubatan untuk mengurangkan stress yang hanya boleh didapati dari doktor, lebih mudah mengambil dari sumber ini. Saya percaya, harganya tidak banyak berbeza.


Ketamine

Tumpuan saya kali ini adalah ingin membincangkan sejauh mana ujian air kencing untuk dadah ini begitu sensitif. Ujian rawak yang di adakan oleh Pihak polis adalah menggunakan satu card yang dicelup dalam air kencing. Ianya sepertimana ujian air kencing untuk mengesan gula atau ujian kandungan. Walaupun ujian itu menunjukkan tanda positif, masih ada banyak faktor faktor yaang perlu di ambil kira sebelumnya ujian itu dikatakan positif yang muktamad.Orang putih kata 'false positive' atau 'false negative'

'False positive' maksudnya ujian menunjukkan positif tetapi sebenarnya tidak, maksudnya ada benda dalam air kencing yang menyebabkan ianya positif. 'False negative' adalah sebaliknya.

Banyak benda yang menyebabkan ianya 'false positive'. Kalau nak di berikan senarai lebih 100 perkara. Namun saya senaraikan sedikit sahaja yang memang makanan atau ubat yang kerap di ambil..

Antaranya:
1. ubat selsema
2. ubat batuk
3. setengah2 ubat tahan sakit seperti kumpulan NSAID (ibu profen)
4. anti biotik seperti amoxycillin
5. penyakit seperi hati rosak, buah pinggang yang rosak.
6. air tonik

Jadi pada sesiapa yang mengalami keadaan seperti diatas, sila mintak ujian ke dua. Protokolnya, ujian saringan selepas itu ujian yang betul betul, dimana air kencing itu akan dihantar ke makmal hospital kerajaan. TETAPI, jika anda sebutkan ubat sampingan yang anda ambil, pihak makmal jugak boleh mengesan ubat yang anda ambil itu dalam darah. Jadi jangan berbohong!


Pokok ganja

Nasihat saya kepada sesiapa yang membeli ubat di farmasi(apa apa aje) sila dapat kan resit untuk pengesahan anda membeli ubat tersebut. Bila masalah ini timbul, anda ada bukti yang dapat mempertahankan diri anda.Jika ada mengambil dari Klinik swasta pun, anda perlu simpan bukti tersebut. Bukanya lama, 1-2 minngu sahaja. Sebab kesan ubat itu akan hilang dalam masa paling lewat pun seminggu dari darah ada. Jadi ujian kedua boleh dilakukan selepas itu.

Namun jika anda memang mengambil morfin, heroin, syabu atau ketamin, kesan ubat itu akan berada lebih lama dalam badan anda. Jadi pihak polis masih boleh mengesannya.

CHINESE NEW YEAR



Esok, kaum cina akan merayakan tahun lunar iaitu tahun harimau kali ini. Suasana di sekitar rumah nampak agak sibuk. Menetap di kawasan yang di sekelilingnya adalah kaum cina, suasananya adalah sepertimana kita Muslim merayakan hari raya Aidil Fitri. Masing masing sibuk membersihkan rumah. Kaum lelaki pulak sibuk membasuh kereta walaupun cuaca di Kuching ini tidak menentu. Hari ini sahaja sudah beberapa kali hujan berserta hujan panas lagi.

Apapun, esok mereka nak rayakan.

Monday, February 8, 2010

A STORY OF DR AAFIA SIDDIQUI


Sweet...semasa mudanya Dr Aafia Siddiqui


Cuba perhatikan keadaan sekarang di mana pihak US kini lebih bertumpu ke arah Pakistan dan Afganistan setelah dengan bangganya menghancurkan kerajaan Iraq. Walau apa pun alasannya menceroboh Iraq, Iraq tidak pernah dengan nyata menyerang US secara fizikal.



Semasa penganugerahan ijaza, tak pasti di mana

Setiap hari surat khabar menyiarkan berita serangan berani mati ( sepertimana di Iraq dahulu), serangan ke atas masjid (seperti di Iraq), perbalahan antara puak Sunni dan Syiah ( seperti di Iraq) di negara Islam Pakistan. Namun tiada perbalahan antara puak Hindu dan Islam. Sepatutnya ini yang berlaku ( sejak sekian lama antara India dan Pakistan kerana merebut Kashmir). Namun tiada langsung pergaduhan ethnik lain.

Kakak beliau jugak pakar neurology, pernah bertugas di Senai Hospital, dan kemudian kembali bertugas di Pakistan

Jadi, apakah ini sebenarnya pergaduhan ini bukan disebabkan oleh puak puak tempatan, tetapi sebenarnya di dalangi dan di buat oleh agen-agen bertauliah US yang bertuhankan duit, kuasa dan senjata mengancam kerajaan tempatan untuk turut serta.






Orang yang bertanggung jawab mendedahkan rahsia ini kepada penduduk dunia Yvonne Ridley









Sebelum beliau memeluk Islam


Jika diperhatikan, semakin kurang perbalahan puak sunni and syiah dan serangan berani mati di Iraq. Semuanya telah berpindah ke Pakistan sepertimana askar-askar US.

Pengalaman menetap di India selama 5-6 tahun, konflik rakyat India dan Pakistan hampir sama. Miskin tetap miskin dan kaya semakin kaya. Kalau nak bergaduh pun antara Hindu dan Muslim itupun kerana berebut tanah kuil.



Wajah terbaru Dr Aafia

Okay, berbalik kepada cerita sebenar adalah mengenai penangkapan Dr Aafia Siddiqui yang kebetulannya berasal dari PakistanYvonne Ridley kononnya 'berkaitan' dengan Al Qaeda. Semuanya bermula apabila wartawan dari British Yvonne Ridley membuat liputan pasal hal banduan wanita 650, itupun lepas ex mate membocorkan rahsia.


Suasana di mahkamah sepertimana yang di gambarkan oleh pelukis

Jadi pihak US, FBI etc kecohlah macamana nak buat cerita. Jadi keluarlah cerita begini...kononnya Dr. Aafia ni dok 'lepak' kat rumah governor di Afganistan. Tak taulah dia buat apa. Agen2 US ni datang meeting. Entah macamana pengawal kat rumah tu nampak dia, diaorang soal siasat lah. Entah macamana jumpalah dalam beg tangan dia risalah2 nak buat bom, 'substance' apa tak tau pun ada dan macam2 dokumen yang berkaitan pasal keganasan. Jadi diaorang letaklah dia kat satu sudut. Entah macamana jugak dia boleh pergi rampas pistol agen2 US tengah meeting tu dan tembak mereka. Tapi tak kena. Jadi dia kena tuduh cubaan membunuh agen US dan boleh kena penjara 20 tahun.


Bantahan di America

Dan baru beberapa hari lepas beliau di dapati bersalah. Yang kelakarnya beliau di bicarakan di US walaupun berlaku di Afganistan dan beliau bukannalh warganegara Amerika walaupun lama menetap di America
.
Bantahan di Pakistan

Kesimpulannya.....fikirlah sendiri.

Sunday, February 7, 2010

I AM IN BINTULU

Lagi sekali terpaksa merantau ke Bintulu Sarawak. Kali ini lama 12 hari. Hari ini masih lagi di Bintulu. Akan balik ke Kuching dalam 2-3 hari lagi.

Bintulu big place but scattered around. Ada 3 main place to go, tetapi cuma bangunan kedai untuk di lihat. Tak ada shopping complex yang besar. Hotel tempat menginap New world suite most suitable. Sebab di lobinya ada kedai..."shopping complex" terbesar di Bintulu. Kawasan Bintulu berbukit bukau. Tak akan nampak bangunan kerajaan sebab terlindung di balik bukit.

Jalan raya okay. Cuma rasa macam di tengah-tengah hutan sebab tak ada rumah di kiri kanan jalan. Kawasan perumahannya terletak di lembah bukit di sebelah jalan raya. Jadi bila berada di jalan raya, hanya nampak bumbung rumah di balik bukit berlembah.

Ada 3 tempat Parkcity, Medan Jaya dan pasar. Parkcity yang terbesar. Apa nak cakap, sebab ada kedai-kedai sahaja. Makanan halal senang di cari.

Hotel tempat menginap okay. Ada wireless internet free lagi. Tak lah boring duduk kat hotel.
Saya duduk di tingkap 10, mengadap laut. Oleh kerana Bintulu adalah bandar industri, di tepian paintai nampak bermacam-macam kapal berlabuh. Kebanyakannya untuk mengangkut barangan industri ke laluan sungai.



Parkcity dari tingkap hotel


Bangunan putih itu adalah Parkcity Everly Hotel. Mengadap laut. Lautnya tak berombak langsung.



New World Premier Suite...with flat screen TV

What else to say.....Nak sangat pergi ke rumah panjang. Tapi berseorangan....oncall lagi. Kan nanti ada apa apa susah jugak.

HASIL YANG TAK SEBERAPA

Picture tells more than the word...










VISIT TO SRI AMAN SARAWAK


Lambang di Sri Aman hanya bersebelahan hotel kami menginap.

Sampai juga hajat nak ke Sri Aman. Bila tengok jadual kerja bulan Januari lepas. 2 hari kami di sana. Suami ikut jugak sebab, jauh. Lagi pun saya penakut sikit. Jalan ke sana okay. Semuanya bertar. Cuma, kalau nak bawak laju tu, bahaya sikit sebab terlompat- lompat. Tak sama macam jalanraya di Semenanjung. Selepas sahaja Serian, jalannya terlompat-lompat. Walau bagaimana pun, suami ku tetap bawak laju jugak. So bertolak dari 11 pagi. Dalam pukul satu ptg kami sampai. Menginap di hotel...lupa namanya. RM 70 + only. Okaylah. Untuk pekan kecil.

Kemudian pergi ke tempat kerja, selesaikan satu kes. 3 ptg dah free. Kami ambik peluang pergi pasar Sri Aman and tebing sungai Lupar, hanya 200 meter dari hotel.


Jalan raya depan hotel. Di hujung jalan adalah sungai dan pasar di sebelah kiri.



Gambar benak di dinding hotel

Apa yang istimewa di Sri Aman adalah kejadian ombak di Sungai Batang Lupar yang di panggil Benak (tidal bore). Macam ombak di tepi laut. Cuma kali ini ia berlaku di sungai. Bila kami sampai, Benak baru sahaja berlaku 1 minggu lepas. Di sini, bila benak berlaku umpama pesta. Semua orang akan berkumpul di tepi sungai untuk melihatnya. Pihak kerajaan telah membina benteng di tepi sungai yang cukup menarik sekali. Masa kejadian Benak adalah mengikut kalendar cina. Hampir setiap bulan ianya berlak.

Apa yang berlaku adalah perbezaan tekanan air dari hulu dan di muara sungai.


Sungai Batang Lupar tenang tanpa Benak

Kemudian dari tepi sungai kami ke pasar. Sri Aman memang terkenal dengan durian. Tapi masa itu musim durian sudah hampir habis. Hanya sisa sisa sahaja. Dulu saya suka durian, tetapi sejak balik dari luar negeri, saya jadi alahan. Kalau makan jadi gatal gatal. Tapi kalau bubur atau lepuk durian tak ada masalah. Hajat cuma nak tengok suami makan. Cuba lah satu, MEMANG SEDAP!.Hampir separuh biji saya makan. Rasanya lain, tak macam kat semenanjung. 5 bijik kami makan berempat. Sedap betul...


6 ringgit sahaja satu longgok



Ini lah durian Sri Aman..sedap. Mesti cuba.

Malamnya kami kekenyangan. Puas hati.

How to apply visa to UK for clinical attachment part 1

assalamualikum,,,,,it has been almost 6 months i am here in UK. now is autumn time. getting cold already. Less than one and half month more...