Friday, February 12, 2010
HOW EFFECTIVE IS URINE SCREENING TEST FOR DRUGS
Kebelakangan ini semakin ramai artis artis di tangkap kerana positive dadah. Samada di kelab kelab malam atau ujian rawak di jalan raya. Walau pernah melalui sekatan jalan raya, kami tidak pernah lagi di arah melalukan ujian tersebut. Mungkin kerana penampilan kami yang sopan dan kemas. Berbanding mereka yang memandu kereta yang telah di ubah suai dan juga memakai pakaian seperti ingin ke kelab malam. Maka mereka ini lebih berisiko untuk di tahan di jalan raya.
Namun saya pasti, tak semua rakyat kita menagih dadah. Sebahagiannya mengambil untuk suka-suka dalam mengurangkan tekanan kehidupan yang semakin teruk.Disebabkan sumber yang mudah, rakyat kita banyak terdedah kepada pengambilan ganja, syabu atau ketamin. Berbanding ubatan untuk mengurangkan stress yang hanya boleh didapati dari doktor, lebih mudah mengambil dari sumber ini. Saya percaya, harganya tidak banyak berbeza.
Ketamine
Tumpuan saya kali ini adalah ingin membincangkan sejauh mana ujian air kencing untuk dadah ini begitu sensitif. Ujian rawak yang di adakan oleh Pihak polis adalah menggunakan satu card yang dicelup dalam air kencing. Ianya sepertimana ujian air kencing untuk mengesan gula atau ujian kandungan. Walaupun ujian itu menunjukkan tanda positif, masih ada banyak faktor faktor yaang perlu di ambil kira sebelumnya ujian itu dikatakan positif yang muktamad.Orang putih kata 'false positive' atau 'false negative'
'False positive' maksudnya ujian menunjukkan positif tetapi sebenarnya tidak, maksudnya ada benda dalam air kencing yang menyebabkan ianya positif. 'False negative' adalah sebaliknya.
Banyak benda yang menyebabkan ianya 'false positive'. Kalau nak di berikan senarai lebih 100 perkara. Namun saya senaraikan sedikit sahaja yang memang makanan atau ubat yang kerap di ambil..
Antaranya:
1. ubat selsema
2. ubat batuk
3. setengah2 ubat tahan sakit seperti kumpulan NSAID (ibu profen)
4. anti biotik seperti amoxycillin
5. penyakit seperi hati rosak, buah pinggang yang rosak.
6. air tonik
Jadi pada sesiapa yang mengalami keadaan seperti diatas, sila mintak ujian ke dua. Protokolnya, ujian saringan selepas itu ujian yang betul betul, dimana air kencing itu akan dihantar ke makmal hospital kerajaan. TETAPI, jika anda sebutkan ubat sampingan yang anda ambil, pihak makmal jugak boleh mengesan ubat yang anda ambil itu dalam darah. Jadi jangan berbohong!
Pokok ganja
Nasihat saya kepada sesiapa yang membeli ubat di farmasi(apa apa aje) sila dapat kan resit untuk pengesahan anda membeli ubat tersebut. Bila masalah ini timbul, anda ada bukti yang dapat mempertahankan diri anda.Jika ada mengambil dari Klinik swasta pun, anda perlu simpan bukti tersebut. Bukanya lama, 1-2 minngu sahaja. Sebab kesan ubat itu akan hilang dalam masa paling lewat pun seminggu dari darah ada. Jadi ujian kedua boleh dilakukan selepas itu.
Namun jika anda memang mengambil morfin, heroin, syabu atau ketamin, kesan ubat itu akan berada lebih lama dalam badan anda. Jadi pihak polis masih boleh mengesannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
How to apply visa to UK for clinical attachment part 1
assalamualikum,,,,,it has been almost 6 months i am here in UK. now is autumn time. getting cold already. Less than one and half month more...
-
Kebelakangan ini semakin ramai artis artis di tangkap kerana positive dadah. Samada di kelab kelab malam atau ujian rawak di jalan raya. Wal...
-
I just came back from Ba'kelalan yesterday. We went for medical visit to provide a rural service in Sarawak. Fom Kuching we flown to Mir...
-
Long Iman, i could say its the most modern Penan settlement in Sarawak. They still using long house type but the dressing and toilet a...
Adakah air malta dan ketum sangkut ketamin
ReplyDeleteAdakah air malta dan ketum sangkut ketamin
ReplyDeleteOwh mcm tu...kadang ade yg minum arak katanya nk bersihkn air kencing cpt...ade ke cara nk cpt bersihkan air kencing?mcm pelik je
ReplyDeletekalau ubat batuk berapa lama kesan dia dlm badan? sbb saya kna ke klinik untuk buat 2nd urine test disebabkan air kencing saya result dia positive
ReplyDeletejika makan di kedai nasi kandar dan urine test positive morfin adakah bila dihantar ke ujian kimia boleh kesan apa yang menyebab kan urine positive morfin itu?
ReplyDeleteMacam mana nak hilangkan urine ketum?
Delete