Friday, December 18, 2009

H1N1 VACCINATION: MALAYSIAN SAFETY




Sekarang ini berita H1N1 telah banyak berkurangan. Bagaimana pun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang dalam proses untuk memberi vaksin H1N1 dan Human Papiloma Virus (HPV) vaksin untuk mencegah kanser cervik.

Walaupun telah diluluskan dan pihak kerajaan menwar-warkan bahawa kedua-dua vaksin ini selamat tanpa kesan sampingan. Kalau ada pun sikit sahaja. Tetapi kita, sebagai pengguna tidak boleh menerima berita ini bulat-bulat. Sebagai rakyat yang berpelajaran dan telah maju dengan berbagai kemudahan internet, kita perlu menyelidik sedikit sebanyak tentang vaksin ini. Lagi pun ianya bukan wajib lagi. Hanyak digalakkan. Jadi tidak menjadi kesalahan jika kita enggan menerima vaksin ini.

Perkataan vaksin ini bukan baru. Ianya digunakan untuk mencegah penyakit pandemik. Maksudnya penyakit ini akan merebak di kalangan kita jika salah seorang darinya mengidap penyakit tersebut.

Semasa kita kecil, kita telah di dedahkan kepada berbagai-bagai vaksin. Ini untuk mencegah penyakit-penyakit tertentu. Oleh kerana ianya wajib, maka nak tak nak, ibu kita perlu membawa kita ke hospital untuk menerima vaksin tersebut. Dan di tulis di dalam buku pink. Kalau staffnurse tau, kita tak terima vaksin ini, teruk ibu kita kena marah.

Vaksin yang di terima semasa kita kecil:

semasa lahir - BCG + Hepatitis B
2 bulan - Hepatitis B + Polio + Tetanus Toxoid + Diphteria + Pertussis
3 bulan - Hepatitis B + Polio + Tetanus Toxoid + Diphteria + Pertussis
5 bulan - Hepatitis B + Polio + Tetanus Toxoid + Diphteria + Pertussis
1 tahun - MMR ( measles, Mumps, Rubella)
18 bulan - Hepatitis B + Polio + Tetanus Toxoid + Diphteria + Pertussis

Pada masa dahulu, sebelum vaksin ini menjadi wajib; bermacam - macam tentangan wujud di kalangan ibu bapa dan ianya bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain. Bagaimanapun oleh kerana tegasnya pihak kerajaan kita , kita tidak menjumpai lagi penyakit Polio di masyarakat kita. Kalau ada pun tak banyak. Boleh bilang dengan jari. Polio sebagaimana di ketahui meyebabkan lumpuh kaki.

Penyakit TB tidak lagi dijumpai di negara-negara Barat kerana berkesannya BCG vaksin. Begitu juga di Malaysia. Namun sekarang penyakit TB kembali semula, bukan kerana vaksin dulu tidak berkesan tetap di sebabkan banyak penghijrahan di kalangan negara-negara mundur. Negara tersebut yang tidak menekankan BCG vaksin ini, menyebabkan kalangan penduduknya mengidap TB dan menjangkitnya kepada yang lain semasa penghijrahan.
Sebab yang lain adalah kerana lemahnya sistem pertahanan badan seseorang individu disebabkan penyakit tertentu seperti AIDS yang menyebabkan badan mereka tidak dapat melawan bila terdedah kepada kuman penyakit TB.

Seperti yang kita ketahui BCG dan polio tetap mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri, namun ia dapat di kesan dengan segera. Setelah bertahun-tahun, hampir semua penduduk dunia tidak lagi peduli tentang kesan sampingannya kerana vaksin ini sangat berkesan untuk mencegah penyakit tersebut.

Sekarang ini, dunia dikejutkan lagi dengan penyakit terbaru iaitu H1N1. Beberapa kesan sampingan telah di ketahui, namun kita tidak tahu berapa ramai yang akan menhadapinya. Setakat ini kesan sampingan tersebut telah di kesan di Eropah dan AS.

Antaranya:
1. Guillain Barre Syndrome
2. Optic Neuritis
3. Keguguran Bayi
4.Kematian yang tiba-tiba

Lancet dalam laporannya yang terbaru mengulas tentang kesan-kesan sampingan yang patut di jangka:

Dalam 1 hari selepas menerima vaksin :
1.Guillain Barre Syndrome (per 10 million vaccinate) - 0.51 orang
2.Optic Neuritis(per 10 million vaccinate) - 2.05 orang
3. Keguguran Bayi(per 1 million vaccinated pregnant lady) - 397 orang
4.Kematian yang tiba-tiba ( per 10 million vaccinated) -0.14 orang



Dalam masa 7 hari selepas menerima vaksin:

1.Guillain Barre Syndrome (per 10 million vaccinate) - 3.58 orang
2.Optic Neuritis(per 10 million vaccinate) - 14.40 orang
3. Keguguran Bayi(per 1 million vaccinated pregnant lady) - 2780 orang
4.Kematian yang tiba-tiba ( per 10 million vaccinated) -0.98 orang

Dalam masa 6 minggu selepas menerima vaksin:
1.Guillain Barre Syndrome (per 10 million vaccinate) - 21.50 orang
2.Optic Neuritis(per 10 million vaccinate) - 86.30 orang
3. Keguguran Bayi(per 1 million vaccinated pregnant lady) - 16684 orang
4.Kematian yang tiba-tiba ( per 10 million vaccinated) -5.75 orang

Semua penyakit ini didapati meningkat sejak vaksin diberi. Oleh itu mereka membuat rumusan, mungkin disebabkan oleh vaksin tersebut.

Vaksin H1N1di Malaysia:
Pihak kerajaan bercadang untuk memberi vaksin ini kepada mereka yang berisiko tinggi dahulu iaitu perempuan mengandung, orang-orang tua, pihak yang bakal terdedah penyakit ini seperti anggota hospital, pekerja di lapangan terbang.

Oleh sebab kesan sampingan ini belum betul-betul di kesan, pihak Kerajaan perlu memastikan mereka yang menerima vaksin ini perlu menjalani rawatan susulan sekurang-kurangnya 6 minggu. Oleh itu perlu mempunyai rekod khas (buku) supaya proses rawatan berjalan lancar. Kesihatan dan penyakit yang dihidapi perlu dicatit dengan terperinci. Rekodkan semua masalah yang di hadapi pesakit selepas menerima vaksin tersebut. Penerima vaksin juga perlu dijelaskan masalah yang bakal dihadapi dan perlu ada pihak yang dapat dihubungi serta-merta jika ada masalah.

Saya rasa, pihak kerajaan atau kementerian kesihatan sendiri tidak boleh hanya menutup mulut atau berdiam diri tanpa ada rawatan susulan selepas vaksin diberi. Kerana, penerimaan dan pertahan badan adalah berbeza di setiap negara.

Source: Lancet 2009

HOW A MOBILE PHONE CAN CAUSE DISASTER AT PETROL STATION


Just an example...


Well...everybodies knows no talking to mobile phone at petrol station. You should switch off the engine. Engine...people know why. But what can the mobile phone do?..

Mobile phone is a battery operated radio transmitter and by theory this can generate the spark.

When you switch on the phone, there is electrical transmission occur around the phone. How much?? Maximum just 2 watt. Can this 2 watt electrical power initiate a spark? NO..cannot. If you just talking to phone, nothing will happens. It will never generate an electrical spark. But if you suddenly changing the battery while its switch on or interrupt the transmission ( eg, phone fell down and the battery disconnected)...that will cause the spark!. Malang tak berbau kan? Who knows...

So... what happens with Ipod or laptop?. Mp3 has low voltage. So..nothing to be worried. But laptop..need to be consider. If its switch on..and suddenly batterry get disconnected...same thing was believed to happens.

Also...careful of nylon stocking. Thats can generate a spark.

Think about it!

Source: BBC news

Sunday, December 6, 2009

THE CHICHEN ITZA, MEXICO



Bermaksud ' di permukaan telaga Itza' (at the mouth of well Itza). Lebih kurang macam tulah. Setinggi 24 meter. Di sini terdapat Kukulkan Pyramid (gambar atas) yang juga lebih di kenali sebagai "El Castillo" ( The Castle).

Pyramid ini ada 4 penjuru. Anak tangga ke atas berjumpah 91 setiap penjuru. Jika tambah puncak jadi jumlahnya 365 anak tangga menjadikan 365 hari. Lebar keluasan bawah adalah kira kira 55 meter persegi.

Specialnya..tak tahulah. Telah dibina zaman 1000-1200AD. Pyramid ini digunakan untuk menyembah tuhan Kukulkan. Puak yang terlibat adalah Puak Mayan.

Tak tahu nak cakap apa lagi. Kat dinding dia banyak patung patung. Itu aje.

CHRIST THE REDEEMER, Rio De Janeiro Brazil



Saya pun tak tahu kenapa patung ini dipilih sebagai 'Wonders of the World'. Kalau nak dibandingkan dengan Taj Mahal, Pyramid jaud bezanya. Macamana pun kita teruskan dengan sejarahnya.

Patung ini terletak di Bukit Corcovado. Bukit ini telah di baptiskan lebih dari 100 tahun dahulu. Kononnya Father Pedro Maria Boss datang ke Rio De Jenioro tahun 1859 dan terpaku dengan kecantikan Bukit Corcovado. Jadi dia pun cakaplah kita patut bina patung besar untuk dijadikan patung keagamaan di sini.
Inilah lukisan bukit tersebut pada masa itu (gambar atas). Selepas berbincang bertahun tahun, hanya pada tahun 1927 patung tersebut mula dibina.

Tak ada specialnya lagi...







Semuanya macam menggunakan peralatan moden seperti sekarang. Tak ada keistimewaanya.
Cuma yang istimewanya mungkin sebab ada eskeletor nak naik kat sana. Ancient yang lain mana ada eskeletor!














Patung ini setinggi 38 meter dan lebar dari hujung jari ke hujung jari adalah 28 meter.

Patung dalam keadaan berdiri dan buka tangan kononnya menjemput orang ramai ke tempat suci mereka. Patung ini terletak di puncak Bukit Corcovado yang setinggi 710 meter. Di bawah patung ini ada capel kecil yang memuatkan 150 orang. Ptung ini adalah simbol Kristian Katolic di Brazil.

Ianya pernah di panah petir pada 10hb Feb 2008 tapi tak ada apa apa yang terjadi.

THE MACHU PICCHU



Ini adalah sebenarnya kubur masyarakat Inca di banjaran Andes. Keluasan sebanyak 5 km persegi di puncak Gunung Andes, bukit berbatu kapur kira kira 9060 kaki dari paras laut. Peninggalan kubur lama ini telah dijumpai oleh Hiram Bingham (gambar bawah) iaitu di tangguung oleh Yale Universiti pada tahun 1911.Dipercayai telah dibina dalam tahun 1450 AD.












Apa specialnya kubur ini, ada Batu Itihuatana yang bertindak sebagai tempat astronomi yang dapat menentukan dengan tepat 2 equinok. Pada waktu tengahari pada setiap 21hb March and 21hb september setiap tahun, matahari berada tepat di atas batu tersebut, Tak ada bayang langsung.







Jumlah baki tulang mayat yang dijumpai dikatakan lebih ramai perempuan dari lelaki dalam nisbah 10:1. Dikatakan kubur ini merupakan kubur orang Inca dari kumpulan hamba, pekerja, buruh dan bukannya Inca Bangsawan.

Untuk sampai kesana perlu menaiki bas dan melaui jalan yang berliku-liku.













Siapakah sebenarnya puak Inca. Bermacam macam anggapan dibuat tentang asal usul Inca. Tetapi tak ada satu pun yang dapat dibuktikan. Cuma di percayai puak Inca ini berasal dari Tasik TiticaCa . Puncak kegemilangannya tak sampai pun 100 tahun, Kiranya sekarang ini Puak Inca dikira sebagai masyarakat pre Colombians Peru.













Tidak dapat diketahui kenapa Machu Picchu dibina. Puak Spanish menyerang bandar Machu Picchu pada tahun tahun 1500 dan mereka tidak mengetahui langsung kewujudan Ancient Machu Picchu.

Macamana pun kita nikmati sajalah kecantikannya.




THE ANCIENT PETRA, JORDAN

Petra the Temple






Antara warisan lama yang telah di jumpai oleh warga Swiss Johann Ludwig Burckhardt dalam tahun 1812, terletak di Jordan. Ini merupakan hasil dari zaman Nabeteans Arab lebih dari 2000 tahun dahulu. Antiknya, istana ini terletak di dalam gunung. Beliau mahir dalam bahasa Arab dan Sejarah Islam dan telah mengistiharkan dirinya sebagai Muslim.

Untuk sampai kesana, perlu melalui jalan berbukit yang sempit dan panjang iaitu melalui Al- Siq(Jalan rahsia ke Petra).

The Petra juga di kenali sebagai 'Bandar Rose Merah' ( Rose-Red City) oleh sebab kilauan batu bata di sekelilingnya yang berwarna merah. Kebanyakan monument yang terdapat di Petra ini masih dalam kajian.




Siapakah Nabeteans? Mereka adalah Arab Nomad yang berhijrah ke Petra dalam zaman akhir akhir abad 7 sebelum Masehi.

Pada Oktober 2008, satu perayaan telah di buat di Kuil Petra ini dengan ribuan lilin di pasang di sekelilingnya. Ada pertunjukan muzik lagi.













Ada beberapa bahagian di dalam kuil ini. Satunya ialah 'Propyleum' (gambar kiri) iaitu anak- anak tangga menghala ke pintu masuk The Petra Temple. Anak anak tangga ini meghala ke bahagian ke dua iaitu 'Lower Temenos'.







Lower Temenos adalah satu dataran berbentuk hexagon di mana di bawah datran ini terdapat sistem saliran air. Ke arah selatan kepada Lower Temenos terdapat tangga ke Upper Temenos. (gambar kanan)







Seterusnya adalah Collonnade iaitu barisan tiang tiang yang digunakan untuk menyokong bumbung. Ada timur dan barat Collonades di Lower Tmenos membentuk 3 barisan. Semuanya kira kira 120 tiang. Para pelajar Universiti Brown yang terlibat dengan kajian ini cuba membentuk tiang tiang Collonnades setelah ia dijumpai pada tahun 1996.(gambar kiri).







Bahagian Exandra adalah ruang berlubang samada berbumbung atau tidak untuk dijadikan tempat duduk yang berbentuk separa bulat atau bersegi empat. Ada timur dan barat Exandra. Satunya ada yang sedalam 4 meter.




Upper Temenos adalah kawasan di sekitar Great temple setinggi 884.1 meter.

Selepas itu inilah bangunan utama The Petra iaitu The Great Temple. Tingginya adlah 25 meter atas Collonades.Terletak kira kira 884 meter atas aras laut.

Ahir sekali adalah Theatron.

Friday, December 4, 2009

PLANT UPDATE DISEMBER 2009

Bulan Disember ini banyak hujan di Sarawak. Tapi tak adalah sampai banjir. Cukuplah sampai tak perlu siram pokok tiap-tiap hari. Kalau tak hujan pagi, petang dia hujan. Renyai-renyai sahaja. Kalaupun lebat sekejap sahaja. Cuma, pokok jagung selalu tenggelam air setiap kali jujan sebab tak buat batas. Pokok jagung yang ditanam atas batas lebih besar dan segar.



Inilah tamannya di bulan Disember. Dah tinggi tinggi pokoknya. Yang depan sekali pokok petola. Paranya tak berapa cantik. ok lah buat dia memanjat. Yang seronok sekali pokok tomato sudah membesar. Semalam kutipan pertama sudah di buat.



Pokok yang baru adalah pokok Timun batang dengan Petola. Pokok kacang yang memanjat di pagar telah di buang.




Yang dah ranum sebelum dipetik



Suka tengok...sebab tanam tomato kali ini benar-benar menjadi.









Yang ini... belum masak lagi.







Satu jambak pun ada beberapa biji


Ini dia hasilnya....10 bijik tomato. Tak sempat nak masak sebab kena balik kampung. Jadi, masukkan dalam beg, naik flight balik kampung dengan tomatonya sekali.



Pokok Timun batang baru sebulan tanam dah berbunga. Para dia rendah saje untuk dia memanjat. Kira okaylah. Dah banyak berbunya. Tak lama lagi dapat hasilnya. Harap harap kali ni tak di makan ulat. Kami pakai baja organik aje. Lepas tu sembur air sabun, tak nak bagi Aphit datang serang.


Bunganya kuning.






Semasa menanam jagung dulu, kami cukup bersemangat sebab hujan belum turun. Tak sampai 48 jam, benih yang di semai telah bercambah. Lepas tu hujan turun tiap tiap hari. Setiap kali hujan, akar pokok jagung tenggelam buat beberapa jam sebelum air serap ke dalam tanah. Tapi cukuplah untuk membantutkan pokok. Walau bagaimana pun, kami tetap bersyukur sebab tak ada pun pokok yang mati lagi.



Satu barisan di tepi pagar. Rapat rapat sikit.


Nak menambahkan lagi jumlah pokok kami tanam petola. Cuba tanam peria tapi satu pun tak bercambah. Petola macam timun batang. Cepat membesar dan berbunga. Paranya kena betulkan sikit. Tapi tunggulah lepas balik ke sarawak lagi.


Pokok petula di tanam dalam satu tembat. Tak ada batas panjang sebab tak cukup tempat.




Sejambak pokok terung ditanam dalam 2 baris pendek-pendek. Cepat membesar tapi lambat berbunya. Kami tanam terung lebih awal 2-3 minggu dari timun. Tapi baru semalam nampak dua pokok yang berbunya. Itu pun satu bunga setiap pokok. Tap apalah, tetap bersyukur.




Barisan pokok terung yang rapat rapat. Daunnya lebar lebar.



Secuit bunya pokok terung.


Lada yang di tanam agak banyak. Mula-mula ingatkan lada merah besar. Rupa rupanya lada siam kecik. Oklah jugak buat cicah budu. Buag sangat lebat tapi belum masak lagi.


Lada siam



Satu pokok pun dah cukup banyak buahnya.


Dah lama dah nak tanam pokok ubi untuk ulam. Yang di jual kat pasar tu tak betul betul pucuk. Dah campur daun yang tua. Kat tepi jalan memang banyak. Cuma tak kan nak ambik cam tu je. Cubalah tanya kawan2. Nasib baik ada. Dekat 10 batang dia kasi. Pacak aje. Tak sampai 2-3 hari dah ada tunas baru. Dah kutip pun buat ulam.






Pucuk ubi ini di tanam mengelilingi pokok daun kesum. Hasil saki baki selepas guna untuk masak asam pedas. Hidup jugak.



Akhir sekali, sempat suami membeli beberapa pasu gantung yang dah berisi pokok berbunya. Apa nama tak taulah.










The roses that left behind.