Saturday, February 20, 2010
SYARAT KAHWIN ZAMAN 2010
Zaman 2010:
1. Ada kerja tetap
2. Kacak
3. Bukan suami orang
4. Ada kereta
5. Berumur boleh asalkan kaya
6. etc.....
Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi)
Bila satu pasangan berkahwin sepatutnya kita ucapkan Alhamdulillah. Mereka bukannya berzina tetapi mendirikan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara halal. Bila berkahwin, rezeki lebih murah, pahala lebih banyak, syaitan pun menangis terisak-isak bila mendapat tahu anak Nabi Adam berkahwin.
Tetapi di zaman 2010 ini, bila ada pasangan berkahwin terutamanya yang berkahwin muda, tanpa izin ibubapa, kahwin lari, kahwin masa belajar, kahwin suami orang, suami kahwin lagi...perkara halal di sisi Allah yang mereka lakukan sedangkan ibu bapa, keluarga pulak menentang ( dengan syarat perkahwinan itu sah). Bukankah jodoh dan maut itu di tangan Allah. Dah di tetapkan di Arashnya orang ini bernama polan -polan akan berkahwin dengan orang itu bernama polan polan.
Dari zaman sekolah lagi cikgu selalu ajar dalam kelas, jodoh maut di tangan Allah. Bila dapat kahwin orang kaya, bergelar, kerja bagus bagus baru nak ucap syukur Alhamdulillah. Dan kata dah jodoh..nak buat macamana. Dah jodoh aku kahwin orang kaya. Tapi bila ditakdirkan berkahwin dengan orang yang kita suka, tapi tak disukai oleh orang lain...lain jadi ceritanya. Siap jumpa bomoh, lapor kat polis, lapor kat media semata-mata nak menunjukkan kita tak restu. Nak pisahkan lagi jodoh yang telah di izinkan Allah.
Bila berlaku perkara seperti ini, sepatutnya setiap ibu bapa banyak kan bersabar, anak kamu bukanya berzina, bukannya minum arak, bukanya tak sembahyang tapi berkahwin secara halal. Doakan yang terbaik. Sudah resam kita sebagai manusia di bumi Allah, banyak ujian adakala susah adakala senang. Tapi kita taklah susah sepanjang masa. Allah itu Maha Berkuasa tidak buta dan tidak tidur, Dia dengar setiap pengaduan hambanya. Sampai masa akan diizinkan kesenangan juga.
"Buatlah apa yang kamu suka tapi jangan sampai Allah murka" ayat yang selalu suami ingatkan pada saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
How to apply visa to UK for clinical attachment part 1
assalamualikum,,,,,it has been almost 6 months i am here in UK. now is autumn time. getting cold already. Less than one and half month more...
-
Kebelakangan ini semakin ramai artis artis di tangkap kerana positive dadah. Samada di kelab kelab malam atau ujian rawak di jalan raya. Wal...
-
I just came back from Ba'kelalan yesterday. We went for medical visit to provide a rural service in Sarawak. Fom Kuching we flown to Mir...
-
Long Iman, i could say its the most modern Penan settlement in Sarawak. They still using long house type but the dressing and toilet a...
No comments:
Post a Comment