Friday, February 19, 2010

MOSSAD KILLING: WHO IS ACTUALLY THE TERRORIST?



Berita gempar sejak minggu lepas. Siapa pembunuh Mahmoud Al Mabhouh, komander tinggi Hamas yang pernah membunuh 2 tentera Israel. Beliau di dapati mati di Bustan Rotana Hotel Dubai pada minggu lepas terbaring di katil Hotel berselimut.





Sebab kematian Pathologist Dubai tak dapat tentukan lagi, mati lemas? tercekik? yang pastinya bukanditembak. Keesokan harinya polis Dubai mengeluarkan gambar 11 orang yang terlibat
dalam pembunuhan itu.



Selang sehari kemudian, didapati mereka menggunakan maklumat pasport palsu yang mana antaranya mengggunakan identiti rakyat British yang menetap di Israil. yang lain pasport palsu British, Jerman dan Ireland.

Mula-mulanya Israel menafikan penglibatan Mossad lepas itu terpaksa mengiakan.British marah sebab menggunakan pasport palsu rakyat mereka. Israel kata akan menyiasatnya. Selepas itu Israel kata British tahu pasal misi pembunuhan ini beberapa jam sebelum berlaku malah turut mengetahui yang mereka akan menggunakan pasport palsu British. Cuma mereka 'mungkin' tah tahu siapa targetnya dan di mana. Nanti kan berita penafian British yang mereka mengetahui hal ini.....later

Polis Dubai sempat menyindir, sapelah yang menyuruh misi ini dilaksanakan sebab bodoh sangat. Takkanlah tak tau ada kamera di merata-rata. Mungkin pihak luar terlalu memandang rendah ke atas keupayaan polis Dubai.

Malah pihak Barat cukup terkejut sebab polis Dubai cekap bertindak.Mungkin pihak barat ingat depa je yang pandai. Tindakan yang cekap dan cepat ini adalah berdasarkan kemampuan polis Dubai mengesan gambar mereka melalui kamera, mengesan perbualan telefon dan boleh potong line lagi. Semua ini memerlukan kapakaran teknologi komputer. Orang barat lupa, mereka yang menjual teknologi ini

.





Yang paling memalukan saya rasa, Mahmoud Al Mabhoud datang ke Dubai untuk satu perjumpaan yang telah diperdayakan dan di rancang oleh 2 orang pekerja beliau di Palestan. Saya percaya orang Islam juga. Beliau tak mungkin akan di bunuh di Palestin, mungkin terlalu jelas angkara Israel.Sapelah yang berkobar kobar selama ini nak menghapuskan Palestin.

Pembunuh upahan ini terpaksa menyamar menjadi pemain tenis di hotel dan salah seorang daripada mereka menginap di bilik berhadapan dengan bilik Mahmoud.

Jika benar ini adalah dari Mossad, Perdana Menterinya ie Benjamin Netanyahu yang akan memberi keizinan sebelum melakukan jenayah antarbangsa.



Penafian hanyalah di mulut sahaja.Dan negara lain yang akan terlibat juga akan mengetahui sesuatu misi ini serba sedikit. Jadi saya percaya British, Jerman dan Ireland turut mengetahui misi ini. JAdi janganlah buat buat tak tahu sahaja.

No comments:

Post a Comment

How to apply visa to UK for clinical attachment part 1

assalamualikum,,,,,it has been almost 6 months i am here in UK. now is autumn time. getting cold already. Less than one and half month more...