Tuesday, September 6, 2011

backyard garden 2011

back yard...masih pokok yang sama












front yard garden

Sudah lama tak menanam...hampir 8-9 months








GOING BACK...

Airport Kota Bharu

A lot of people going back to their destination including me...

BER HARI RAYA DI PASIR MAS KELANTAN 2




Sudah menjadi lumrah, setiap kali raya di Kelantan jalan penuh dengan kereta. Terutamanya jalan di kampung-kampung. Jalan di kampung hanya untuk satu laluan kereta sahaja. Anak anak yang dulunya membesar di kampung kini telah bekerja di bandar terutamanya Kuala Lumpur. Kini masing masing mampu membeli kereta untuk di bawa balik.

Jalan raya di bandar Kota Bharu lengang tanpa banyak kereta.


Masih sempat mengunjungi rumah keluarga di hari raya. Menjadi kebiasaan di Kelantan untuk mengadakan kenduri pada raya ke 2 dan seterusnya. Di kampung walaupun era "buffet" telah menjadi kebiasaan tuan rumah, namun masih ada adat makan berhidang dilakukan. Di mana setiap kumpulan seramai 5-6 orang makan bersama. Masih enak makan bersila sambil berbual. Tuan rumah tidak lupa untuk menambahkan mana mana lauk yang berkurangan.



BER HARI RAYA DI PASIR MAS KELANTAN 1



Kami sempat membeli belah baju untuk digunakan semasa solat di kedai berhadapan masjid Muhammadi KOta bharu. Setiap kali balik ke kelantan, tak lupa nak shopping jubah di sini.
Pakai baju raya cantik-cantik dan mahal tapi takkan tak dapat beli jubah sembahyang yang setanding dengan harga baju raya.



Syarat membeli baju untuk sembahyang adalah.. harganya jangan di tawar!. Berkemungkinan harga yang di tawar tidak dari hati yang ikhlas dari si penjual.





Masjid Muhammadi masih seperti dulu. Tahun ini menjadi tempat Sultan Kelantan Sultan Mohammad V menunaikan solat sunat Aidil Fitri