Bulan Disember ini banyak hujan di Sarawak. Tapi tak adalah sampai banjir. Cukuplah sampai tak perlu siram pokok tiap-tiap hari. Kalau tak hujan pagi, petang dia hujan. Renyai-renyai sahaja. Kalaupun lebat sekejap sahaja. Cuma, pokok jagung selalu tenggelam air setiap kali jujan sebab tak buat batas. Pokok jagung yang ditanam atas batas lebih besar dan segar.
Inilah tamannya di bulan Disember. Dah tinggi tinggi pokoknya. Yang depan sekali pokok petola. Paranya tak berapa cantik. ok lah buat dia memanjat. Yang seronok sekali pokok tomato sudah membesar. Semalam kutipan pertama sudah di buat.
Pokok yang baru adalah pokok Timun batang dengan Petola. Pokok kacang yang memanjat di pagar telah di buang.
Yang dah ranum sebelum dipetik
Suka tengok...sebab tanam tomato kali ini benar-benar menjadi.
Yang ini... belum masak lagi.
Satu jambak pun ada beberapa biji
Ini dia hasilnya....10 bijik tomato. Tak sempat nak masak sebab kena balik kampung. Jadi, masukkan dalam beg, naik flight balik kampung dengan tomatonya sekali.
Pokok Timun batang baru sebulan tanam dah berbunga. Para dia rendah saje untuk dia memanjat. Kira okaylah. Dah banyak berbunya. Tak lama lagi dapat hasilnya. Harap harap kali ni tak di makan ulat. Kami pakai baja organik aje. Lepas tu sembur air sabun, tak nak bagi Aphit datang serang.
Bunganya kuning.
Semasa menanam jagung dulu, kami cukup bersemangat sebab hujan belum turun. Tak sampai 48 jam, benih yang di semai telah bercambah. Lepas tu hujan turun tiap tiap hari. Setiap kali hujan, akar pokok jagung tenggelam buat beberapa jam sebelum air serap ke dalam tanah. Tapi cukuplah untuk membantutkan pokok. Walau bagaimana pun, kami tetap bersyukur sebab tak ada pun pokok yang mati lagi.
Satu barisan di tepi pagar. Rapat rapat sikit.
Nak menambahkan lagi jumlah pokok kami tanam petola. Cuba tanam peria tapi satu pun tak bercambah. Petola macam timun batang. Cepat membesar dan berbunga. Paranya kena betulkan sikit. Tapi tunggulah lepas balik ke sarawak lagi.
Pokok petula di tanam dalam satu tembat. Tak ada batas panjang sebab tak cukup tempat.
Sejambak pokok terung ditanam dalam 2 baris pendek-pendek. Cepat membesar tapi lambat berbunya. Kami tanam terung lebih awal 2-3 minggu dari timun. Tapi baru semalam nampak dua pokok yang berbunya. Itu pun satu bunga setiap pokok. Tap apalah, tetap bersyukur.
Barisan pokok terung yang rapat rapat. Daunnya lebar lebar.
Secuit bunya pokok terung.
Lada yang di tanam agak banyak. Mula-mula ingatkan lada merah besar. Rupa rupanya lada siam kecik. Oklah jugak buat cicah budu. Buag sangat lebat tapi belum masak lagi.
Lada siam
Satu pokok pun dah cukup banyak buahnya.
Dah lama dah nak tanam pokok ubi untuk ulam. Yang di jual kat pasar tu tak betul betul pucuk. Dah campur daun yang tua. Kat tepi jalan memang banyak. Cuma tak kan nak ambik cam tu je. Cubalah tanya kawan2. Nasib baik ada. Dekat 10 batang dia kasi. Pacak aje. Tak sampai 2-3 hari dah ada tunas baru. Dah kutip pun buat ulam.
Pucuk ubi ini di tanam mengelilingi pokok daun kesum. Hasil saki baki selepas guna untuk masak asam pedas. Hidup jugak.
Akhir sekali, sempat suami membeli beberapa pasu gantung yang dah berisi pokok berbunya. Apa nama tak taulah.
The roses that left behind.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
How to apply visa to UK for clinical attachment part 1
assalamualikum,,,,,it has been almost 6 months i am here in UK. now is autumn time. getting cold already. Less than one and half month more...
-
Kebelakangan ini semakin ramai artis artis di tangkap kerana positive dadah. Samada di kelab kelab malam atau ujian rawak di jalan raya. Wal...
-
I just came back from Ba'kelalan yesterday. We went for medical visit to provide a rural service in Sarawak. Fom Kuching we flown to Mir...
-
Long Iman, i could say its the most modern Penan settlement in Sarawak. They still using long house type but the dressing and toilet a...
sangat2 cantik.saya gembira melawat dan menatap cerita dan gambar yg DR kongsikan.
ReplyDeletethanks
ReplyDelete