Sunday, February 14, 2010

I MISSED INDIA


Shimla


Tiba-tiba aje boss tanya nak pergi tak kursus pasal diabetic foot. Saya okay je. So... ok i will sent you to India. Wow! dah lama teringin nak pergi India semula, hanya nak bercuti aje. Dah terbayang tempat yang nak pergi. Nak beli buku banyak banyak. Di sana buku murah, original lagi. Walau pun sekarang ni buku kebanyakannya digital, old style masih perlu untuk mengisi rak rak yang kosong. Cuma tak tau lagi kursus to kat negeri mana. India kan luas, utara, timur barat dan selatan. Kalu boleh jangan le hantar kat Madras atau Mumbai. Udaranya sangat kotor dan terlalu sesak dengan orang.

2 tempat yang teringin nak pergi semula Shimla dan Manali. Kedua-duanya terletak di utara di negeri Himachal Pradesh. Dekat kaki bukit Banjaran Himalaya...kaki bukit je. Kalau pergi akhir tahun, nasib baik dapat main salji

.
Dari Delhi menaiki keretapi ke Chandigah dan ke Shimla seterusnya ke Manali

Shimla lebih di kenali sebagai tempat berbulan madu.Suasana yang berbukit bukau, sejuk, sangat hijau. Boleh naik train atau bas atau sewa kereta. Keretapinya di kenali sebagai 'toy train'. Sebab slow sangat, ambik masa 6 jam, banyak berhenti, open air ( tak ada aircon) tapi dapat tengok kehijauan di sekeliling. Boleh turen dan berlari naik keretapi semula macan kat filem hindi. Sangat sangat seronok. Tak boring langsung dengan angin yang sangat sejuk. Kalu boleh elak, jangan naik bas, jalannya lebih sempit dari jalan Grik dan tak ada benteng di tepi gaung. Kalu terbabas, terus ke bawah

.
Toy train

Sampai di Simla, kena jalan kaki nak cari hotel sebab mana ada kereta sewa. Hotel kat sekeliling ada, cuma jalanya berbukit...so penat sikit. Janganpergi masa festival...sure habis hotel. Kami cuma dapat hotel untuk husband and wife only. Mereka tak akan kasi kalau tak tunjuk surat kahwin. Tension jugak...macamana nak bermalam ni. Cakap punya cakap dapat jugak akhirnya satu malam je. okaylah...lagi pun esok malam nak ke Manali. Honeymoon hotel ni pun satu, masuk aje penuh dengan cermin besar kirikanan, atas siling pun ada.


Shimla Town centre...everybody has to walk. No cars or bike allowed

Esoknya pergi town, jalan kaki je. Tidak ada kenderaan dibenarkan, ada polis lagi jaga. Sebab cuaca sejuk, semua orang dok berjemur tengah panas. Ada kerusi disediakan. Kami pun turut berjemur. Makanan susah sikit. Sebab atas bukit, tak ada ikan. Jadi makan telur aje. Ayam mana halalnya.


Shimla di waktu malam


Hanya ambik gambar aje. Salji dah turun kan puncak bukit cuma sebab kami nak ke Manali untuk main salji, jadi kami tak pergi lah.

Malamnya kami naik bas ke Manali. Jalannya bahaya, tawakal ajelah. Telan valium terus tidur. Bila bukak mata, tengok selekoh bukit terus pejam mata semula...takutnya. Bas laju betul. Bila sampai, turun aje dari bas...ada salji kat tapak kaki......wah seronoknya...orang tak pernah nampak salji.


Manali...view dari belakang hotel. Tak perlu pergi ke Eropah atau Amerika sekarang ini untuk mendapat view ini. Dengan keadaan politik dan keganasan serantau yang menentang Islam, kita tidak lagi perlu bergantung kepada negara negara barat ini.

Kami habiskan duit yang tinggal, main ski, siap sewa ski trainer lagi. Puas hati..

Cuma....ekoran serangan bom terbaru di Mumbai, jika disebabkan oleh orang Islam lagi...tak berapa bagus nak pergi India ni. Serangan oleh Orang Islam Pakistan hari tu menyebabkan pemeriksaan ketat di lapangan terbang. Lebih lebih lagi terhadap orang Islam.

Harapnya bukan orang Islam lagi. Lagi pun pergaduhan antara Shah Ruk Khan(orang Islam) dengan Shiv Sena (Hindu politician) masih hangat di Mumbai. Pergaduhan agama antara Islam dan Hindu sangat dashyat. Ianya pernah berlaku dahulu.Ianya boleh merebak ke seluruh India dalam masa beberapa hari sahaja.

Pernah berlaku dahulu semasa kes meruntuhkan kuil hindu di utara, kami di selatan terpaksa di kurantin di rumah sebab kami orang Islam. Azan tak kedengaran, makanan di catu. Tak mahu perkara seperti itu berlaku lagi ..

2 comments:

  1. salam. .mcm menarik je shimla. teringin naqk pergi. nak tnya pasal penginapan, transport dan makanan serta barang2 kat sana murah2 tak?

    ReplyDelete
  2. OK lah. Yang mahal tiket kapal terbang dari KL ke Delhi je. RM 1000 pun cukup untuk makan, hotel n transport excluding tiket KL-Delhi and shopping. Jangan duduk kat 5 star.3 star pun cukup. Mesti ada peta n travelling book yang ada list of hotel. The book ada di mana mana airport/train stesyen.

    ReplyDelete

How to apply visa to UK for clinical attachment part 1

assalamualikum,,,,,it has been almost 6 months i am here in UK. now is autumn time. getting cold already. Less than one and half month more...