Tunisia kaya dengan minyaknya. Sebelah selatan adalah sebahagian Gurun Sahara
Zine El-Abidine Ben Ali
Zine EL-Abidine Ben Ali telah memerintah Tunisia sejak 23 tahun yang lalu setelah memperolehi kuasa pada tahun 1987. Beliau berkahwin dengan Leila Trabelsi yang lebih dikenali sebagai “ Arabic Imelda Marcos”. Semasa kejatuhan kuasa suaminya, beliau didapati berada di London untuk shopping. Tetapi masih sempat memujuk suaminya untuk mengeluarkan 1.5 tan jongkong emas dari Bank Negara Tunisia bernilai 35 juta paun sterling.
Bermulanya pemberontakan oleh orang awam apabila seorang pelajar membakar diri setelah dilarang menjual sayur dan buah-buahan untuk menampung perbelanjaan keluarga oleg pihak kerajaan. Perkara tersebut dikatakan telah merebak dan diketahui ramai melalui ‘twitter’ dan ‘facebook’.
Salah sebuah tempat menarik di Tunisia; Swotti
Zine El-Abidine Ben Ali adalah presiden kedua kerajaan republik Tunisia berusia 74 tahun. Beliau pernah disamakan dengan Presiden Idi Amin, diktator dari Uganda dan mati dalam buangan di Arab Saudi pada tahun 2003; seorang lagi orang Islam yang ingat dunia ini ditangan mereka selamanya. Pada 14 Januari 2011 beliau melarikan diri setelah dipaksa meletakkan jawatan ekoran keputusan mengadakan pilihanraya hanya pada 1214. Walaupun beliau akhirnya bersetuju untuk mengadakan lebih awal selepas 6 bulan, rakyat Tunisia enggan berkromponi lagi. Belaiau cuba melarikan diri ke Perancis tetapi kerajaan Perancis enggan membenarkan kapal terbang beliau mendarat di airport mereka lalu beliau terus ke Arab Saudi.
Most hated women in Tunisia, Leila Ben Ali 53 years old
Leila merupakan isteri kedua beliau setelah bercerai dengan isteri pertama dan mempunyai 3 anak iaitu Nesrine, Halima dan Mohamed. Nesrina telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Mohammad Sakher El Materi. Leila hanyalah seorang pendandan rambut sebelum berkahwin dengan Zine El-Abidine pada tahun 1992 dan dikatakan menggunakan kuasa beliau sebagai isteri presiden untuk memperkayakan keluarganya. Bapa beliau seorang penjual buah manakala ibunya seorang surirumah.
Leila dan salah seorang anaknya Halima , gambar di ambil 2007
Nesrine dan suaminya yang kaya dengan bantuan bapa mertuanya
Nesrine dikatakan sedang bersembunyi di Persncis bersama suaminya. Kerana kebanyakan harta mereka berjumlah billion paun dikatakan disimpan di bank di Perancis. Walau bagaimanapun kerajaan Perancis mengatakan mereka akan membekukan asset mereka di Perancis.
Yang terbaru Wikileaks mendedahkan Zine El-Abidine dikatakan mengidap kanser sejak 5 tahun lalu. Tak dapat dipastikan kanser jenis apa.Setelah membaca kisah Zine El-Abidine Ben Ali ini, kita dapati apa yang berlaku padanya tidak mustahil akan berlaku juga pada negara- negara lain yang mempunyai pemerintah yang seperti tidak sedar diri bahawasanya dunia ini hanya sementara. Sampai masa akan pergi juga mengadap Allah. Dimanakah semua harta-harta yang berbilion- bilion, pengawal yang tegap, serta rumah bak istana dunia. Semuanya ditinggalkan...
No comments:
Post a Comment