Sejak datang ke Sarawak, tidak pernah lagi melawat Sarikin. Adik ipar kat Sabah pun tanya, dah pergi Sarikin ke belum. Katanya jubah murah kat sana. Boleh dapat RM 50 je. Hari tu beli jubah kat Nilai 3 pun dekat RM 100 satu. Dekat Rm 200 pun ada.
Jadi last sunday, dapatlah kesempatan nak ke Sarikin. Walaupun On call hari tu, pergi lah jugak. Nasib baik on call tak sibuk. Tak ada orang call pun.
Perjalanan hampir sejam dari Kuching. Jalan elok jugak. Kena lalu jalan kampung tapi semuanya bertar.
Jarak dari hujung ke hujung kira-kira 300 meter. Jangan lupa bawak bekal sendiri. Tak ada kedai Orang Islam kat sini. Kedai minum pun orang Dayak. Kalau dahaga sangat, beli yang dalam tin aje.
Sarikin sebenarnya macam Rantau Panjang kat Kelantan. Cuma, barangannya dari Indonesia. Dekat dengan border dengan Indonesia. Kedainya cuma beroperasi hari Sabtu ( sampai pukul 5 ptg) dan Ahad separuh hari. Hari lain,..tutup.
Hampir semua penjual dari Indonesia. Barangannya macam biasa...baju T-shirt, barangan kristal, udang kering pun ada. Rancangannya nak cari buai rotan, nak gantung kat siling kat beranda rumah. Nampaknya tak ada rezeki.Masa tu bukan musim buat buai.Tapi, dapat jugak beli Tudung saji. Cantik...kalau kat Kelantan tak dapat semurah ini. Buatan rotan lagi.
Kami sempat pulak beli topi kulit cowboy. RM 10 aje. Setiap harga yang dijual, cuba tawar 50%. Kalu dia tak kasi, cari kat kedai lain.
Dengar ceritanya, dulu Sarikin ni terkenal sebab banyak barangan exotik di bawa dari Indonesia untuk di jual di sini. Tetapi sejak ada larangan dari pihak askar, dah tak ada lagi. So...Sarikin sudah menjadi kurang menarik. Jadi...rasanya kalau nak datang lagi, mungkin kalau nak beli barangan rotan je kot.
Barang - barang tradisional Sarawak pun ada, macam sumpit, anak panah. Kalau minat boleh lah beli. Cuma ada bentuk patong, tu yang tak nak beli.
Tikar rotan buatan tangan, banyak. Murah aje. Less than RM 100. Macam macam size ada.
Kalau pergi lagi, saya ambik gambar lagi.
Sambil-sambil itu, sempat pulak suami buat treatment lintah...Geli lah.Dah pakai ubat hospital tak jadi, kita cuba pulak traditional treatment.
Jeng...Jeng... 4 ekor lintah. RM 5 satu ekor. 20 minutes treatment
Ni..ha! Size bila dah kenyang
Ada satu lagi tempat macam ni di Sarawak, Tempedu. Jauh sikit. Cuma, Tempedu ni dah masuk kawasan Indonesia. So...bahaya sikit. Beberapa orang kawan dari Sarawak sendiri pun tak rasa selamat untuk ke sana kecuali ada orang yang dah biasa ke sana. Sebab dari border, somebody has to escort you ke Tempedu. Takut kena rompak selepas masuk border. Kan nanti balik sehelai sepinggang. Tak ke naya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
How to apply visa to UK for clinical attachment part 1
assalamualikum,,,,,it has been almost 6 months i am here in UK. now is autumn time. getting cold already. Less than one and half month more...
-
Kebelakangan ini semakin ramai artis artis di tangkap kerana positive dadah. Samada di kelab kelab malam atau ujian rawak di jalan raya. Wal...
-
I just came back from Ba'kelalan yesterday. We went for medical visit to provide a rural service in Sarawak. Fom Kuching we flown to Mir...
-
Long Iman, i could say its the most modern Penan settlement in Sarawak. They still using long house type but the dressing and toilet a...
No comments:
Post a Comment