Thursday, November 26, 2009

Maguindanao massacre November 2009


Wilayah bergelodak, berhampiran dengan Sabah

Kita dikejutkan lagi dengan pembunuhan besar-besaran. Kali ini di Wilayah Mindanao selatan Filipina iaitu sebuah wilayah Islam. Maguindanaou mempunyai kira-kira sejuta penduduk meliputi kawasan seluas 7000 kaki persegi.Kawasan ini diiktiraf sebagai Autonomous Region In Muslim Mindanao(ARMM). Diketuai oleh Datu Sajid Islam Ampatuan sebagai gabenor.Beliau menyokong presiden Filipina sekarang Gloria Macapagal Aroyyo. Beliau telah dilantik tiga kali.



Bapa dan Anak berkempen untuk pilihanraya 2010, Ampatuan senior dan Ampatuan Junior

Menjelang pilihanraya baru 2010, Ampatuan mencalonkan anaknya Ampatuan Jr. menentang pembangkang Esmael Mangudadatu. Esmael menerima ancaman beliau akan dibunuh jika pergi ke tempat pencalonan. Jadi, Esmael menghantar wakil bagi pihaknya yang terdiri daripada isterinya dan keluarga terdekat kebanyakannya wanita termasuk penyokong dan wartawan. Beliau fikir, jika hantar wanita, tidak siapa yang sanggup membunuh wanita dan kanak-kanak. Tetapi pembunuhnya seperti Rejim Israel.

Berita terbaru, kira-kira 57 mayat di jumpai antaranya tertanam dan yang lain terbaring di sebelah kenderaan setelah di tembak jarak dekat. Dipercayai, 100 orang telah menghalang pejalanan mereka lengkap dengan rifel M-16 dan menembak mereka bertubi-tubi.


Kenderaan mangsa yang tertanam di dalam tanah. Kononnya untuk tidak dapat di jejaki. Tetapi jika kerja di buat bertententangan dengan ajaran Allah, tetap akan di tunjukkan.

Dipercayai, Isteri Esmael telah dibunuh serta mengalami kecederaan seksual sebelum di tembak.



Antara mayat-mayat mangsa.



Pembunuhnya bukan saja binatang...tetapi gergasi dan sadis

Selepas beberapa hari, Setiausaha kerajaan mengancam kepada keluarga Ampatual agar menyerah diri jika tidak mahu di serang oleh tentera kerajaan. Ini kerana suspek terdekat adalah seperti di jangka saingan politiknya Ampatuan. Selepas kejadian itu keluarga Ampatual berdiam diri dan enggan bertanggungjawap. Mungkin kerana bilangan askarnya sedikit berbanding askar kerajaan, maka terpaksalah mereke menyerah diri.

Namun, seperti insiden dahulu di seluruh Filipina, pembunuhan politik hanya akan hangat seketika. Walaupun ada yang di tangkap, tetapi tidak pernah di dakwa. Perkara yang sama di jangka berlaku di Wilayah ini. Lagi pun Ampatuan adalah penyokong kerajaan. So.. end of story




Anak kepada Ampatuan Senior yang menyerah diri, Andal Ampatuan yang akan bertanding melawan Esmael. Walaubagaimanapun beliau menafikan penglibatan beliau,....as usual. Itupun selepas Runaldo Puno, setiausaha kerajaan mengancam akan melakukan serangan jika Ampatuan tidak menyerah diri.

Di Filipina, mereka yang kaya dan berpengaruh akan menggajikan askar-askar untuk menjaga mereka. Tidak hairanlah sudah beberapa kali kejadian seperti ini berlaku di mana ada tangkapan tetapi tidak pernah di dakwa di mahkamah.

No comments:

Post a Comment

How to apply visa to UK for clinical attachment part 1

assalamualikum,,,,,it has been almost 6 months i am here in UK. now is autumn time. getting cold already. Less than one and half month more...