Wednesday, October 12, 2011

KOCHI/COCHIN

Baru balik dari Kochi/Cochin baru-baru ni. Tak tau pulak mana satu yang betul, tapi dua-dua perkataan tu wujud. Search kat google pun dua-dua perkatan tu wujud. Saya lebih suka gunakan perkataan Kochi. Ianya bukan ibu negeri Kerala tetapi bandar terbesar di Kerala dan most developing. Masa pergi, musim hujan dah kat hujung-hujung. Jadi adalah hujan renyai-renyai pada beberapa hari pertama. Selepas itu start panas tak hujan-hujan sampai kami balik. Kami pergi beberapa orang.

Disebabkan pernah tinggal kat India selama beberapa tahun, sudah 'expect"' apa yang sepatutnya tetapi kawan yang sorang tu 'expect something special like Malaysia'. Surelah tak adanya. Tapi saya tengok banyak perubahan berbanding dengan dulu..umpamanya dah semakin kurang teksi Ambasador..susah nak jumpa. Yang banyak moden car dari TATA product. Sangat lasak..saya kata lasak sebab jalannya lubang-lubang..kereta TATA ni maintain je. Macam-macam jenis dari termurah ke termahal. Semakin banyak kereta import..kalau dulu SUzuki je...sekarang dah macam-macam dari BMW ke Honda...even Porche....remember...jalannya banyak lubang dan corner-corner... Bukan sebab jalan bengkok2...tapi sebab nak elak kereta kat depan.Pandai betul depa elak..ada sekali tu..elak punya elak..tengok bas kat depan. Pemandu tu selamba je, elak lagi. Kami kat belakang ni terjerit-jerit. Agaknya kalau kat MAlaysia..dah ke hospital.

 Satu yang saya kata berbeza..soal keselamatan. Kalau kat Kuching atau mana-mana kat Malaysia, even kat Kota Bharu, kalau makan jangan sekali-kali letak beg tangan kat kerusi. Mesti letak kat riba. jalan2 pun kena pegang beg kuat-kuat. Kat Kochi..tak kisah, tak ada orang nak ambil. Masa kat restoran..selamba je tinggal beg kat meja (ada kawan la) pergi toilet.

Kat sini(Malaysia) tengah makan dengan kawan2 pun, beg boleh hilang. Setakat ini tak ada beg ragut. Kat paper mereka pun tak ada berita pasal kena bunuh atau atau ragut etc. Tetapi kat Fort Kochi mungkin kena careful sikit sebab banyak pelancung orang puteh...so banyak sikit penjenayah. Itu pun orang local di sana bagi tau. Dan sesungguhnya..kalau di India..makanannya adalah yang terbaik!! Nasi beryani! Kalau tak makan tak sah. Dah la banyak...sedap..ayam 2 ketul...murah pulah. Kami makan untuk 7 orang kaklau convert ianya bernilai untuk seorang makan nasi beryani kat Malaysia. Jumlah nasinya 2.kali ganda jumlah nasi kat Malaysia..bayangkan saya boleh habis makan!. Sebelum makan order fruit salad dulu...sedap. Air lemon juice atau Mosambique juice. Atau apa apa juice yang available....Totally PURE..no ice added. Cuma ada sugar..tell them little sugar or no sugar. Depa suka makan sweet sangat. Sebab tu India adalah yang kedua terbesar dunia rakyat mereka mengidap kencing manis selepas China. Sebelum ni India teramai DM. Lepas tu kalau masih lapar, pesan icecream. Kami tak sempat sampai icecream..kenyang gila dah.

Yang bestnya, selepas makan nasi beryani kat India, you tak rasa mengantuk atau lemah badan. Tak macam macam makan kat Malaysia, lepas makan nasi beryani mengantuk gila, badan lemah macam lepas makan ubat batuk yang ada codein. Any way enjoy the picture...

fruit salad icecrea,

orange juice

nasi beryani

fruit salad


....more pic after this

No comments:

Post a Comment

How to apply visa to UK for clinical attachment part 1

assalamualikum,,,,,it has been almost 6 months i am here in UK. now is autumn time. getting cold already. Less than one and half month more...