Saturday, March 26, 2011

VIDEO ......AGAIN!!!!

Saya tidak mahu komen pasal video ini. Takut akan menjadi fitnah.
Cuma rasa malu sebagai seorang muslim untuk membuka aib seorang muslim lain.
Saya belajar agama tak tinggi, tapi masih ingat ustaz ajar masa sekolah menengah dulu.
Kalau kita buka aib orang, Allah akan buka aib kita seluas-luasnya. Jadi jangan buatlah,Walaupun perkara benar...apatah lagi yang tidak benar. Sekian.

* sekadar ingin meluah kan perkataan
* Sekadar ingin mengetahui sebagai rakyat Malaysia, bagaimana kerajaan menangani kes ini. Video jenis yang sama, cuma satu seorang pembangkang, satu lagi dari orang kerajaan. Umum mengetahui kesudahan 'video'yang dulu. Apakah nasib mereke kali ini..sama??? atau berbeza....this is the time to show justice!

5TH KUCHING ORTHOPEDIC TRAUMA SYMPOSIUM - 'upper limb trauma revisited'


place where we did the course




Entry gate...it has chinese influence architecture



Banner


nice..

Berakhirnya kursus kali ini dengan jayanya. Rasa lega sebab tak perlu fikir banyak lagi. Jumlah penyertaan terbesar kali ini 220 orang! Biasanya paling ramai pun 100-120 je. 3 kali kena tukar menu makan. Beberapa kali menelefon sponsor untuk menambahkan jumlah beg, notepads, landyard etc. Nasib baik sponsor pun dapat membantu. Terima kasih semua.

Next project is in May. April rest for Sarawak election.

" SUAMI HANYALAH TETAMU"!!!!!


keratan Mingguan Malaysia online today 27hb Mac 2011

Suami adalah anugerah Allah kepada seorang Isteri. Bukannya sekadar tetamu yang datang dan pergi.
Saya rasa tidak perlu dibahaskan lagi. Buruk atau baiknya perangai suami adalah dugaan kepada Isteri. Jadi gunakan kebijaksaan isteri untuk menanganinya.

Thursday, March 10, 2011

KEBANGKITAN ISLAM

Dulu...Semasa mula-mula Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu adalah di negara Arab. Maka bermulalah kebangkitan Islam yang gilang gemilang. Kemudian setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat, Islam mula berpecah sehinggalah sekarang. Menyebabkan seolah-olah dilahirkan Islam seperti satu kesalahan ekoran tuduhan negara-negara barat. Ketua-ketua negara Islam sudah tidak berpegang kepada sunah and ajaran Al-Quran. Walaupun ada yang menjalankan ajaran Islam tetapi tidak sepenuhnya. Sudah hilang rasa hormat kepada negara-negara Islam.

Sekarang..mereka yang tamak, leka dengan kemewahan, zalim kepada rakyatnya sendiri sedang disingkirkan dari satu negara kepada satu negara yang lain. Semoga mereka yang akan naik ini dapat mengembalikan kehormatan dan kejayaan Islam. Walaupun negara-negara barat bergembira kerana negara Arab sudah kucar-kacir, mereka akan lalai. Mereka mungkin ingat sejarah Islam akan berkubur. Mungkin mereka mengatakan Al-Quran itu berjaya disanggah kerana Al-Quran telah menyatakan Islam akan kekal hingga akhirat. Jadi dengan situasi terbaru ini, mereka ingat mereka yang betul.

Akan datang....tidak lama lagi, kebangkitan Islam akan berlaku lagi..dan mereka yang terpedaya itu akan senyap selama-lamanya.

How to apply visa to UK for clinical attachment part 1

assalamualikum,,,,,it has been almost 6 months i am here in UK. now is autumn time. getting cold already. Less than one and half month more...